ORANG Beriman kekasih allah

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH:

ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH DISEDIAKAN OLEH: WAN ALI AKBAR WAN ABDULLAH GURU BIASA-BIASA JE.. SMK UNDANG JELEBU

HADIS:

HADIS عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ (رواه البخاري)

MAKSUD HADIS:

MAKSUD HADIS Daripada Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah SWT berfirman : sesiapa yang memusuhi wali -Ku, Aku isytiharkan perang ke atasnya . Tiada amalan untuk mendekatkan diri kepada -Ku yang lebih Aku sukai selain daripada amalan yang Aku fardhukan . Hamba -Ku yang mendekatkan diri kepada -Ku dengan sentiasa melakukan ibadat sunat ( disamping amalan-amalan wajib ) Aku lebih mengasihinya . Apabila Aku mengasihinya , pendengarannya , penglihatannya , tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan , semuanya berdasarkan keredhaan dan kawalan -Ku. Jika dia meminta kepada -Ku, Aku akan mempertahankannya dan jika dia memohon perlindungan -Ku, Aku akan melindunginya .

INTISARI HADIS:

INTISARI HADIS Hadis menerangkan bahawa Allah mengharamkan permusuhan dengan orang yang beriman dan bertakwa Kita perlu mentaati perintah Allah dan membanyakkan amalan sunat Apabila dikasihi Allah, petunjuk akan diberikan untuk melakukan kebaikan dan doanya diperkenankan

WALI ALLAH:

WALI ALLAH Maksud wali Bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah Istilah : manusia biasa yang beriman, bertakwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya secara zahir dan batin Wali tidak maksum dan tidak mempunyai mukjizat seperti Rasul Contoh wali Allah: Uwais al-Qarni dan al-Hasan al-Basri

ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG INGKAR RISALAH RASUL:

ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG INGKAR RISALAH RASUL Allah SWT berjanji akan memerangi orang yang memusuhi wali-Nya Itu membuktikan bahawa ingkar risalah Rasul adalah satu penyelewengan terhadap Aqidah Mukmim WAJIB laksana perintah Allah dan rasul dengan patuh dan taat

ORANG YANG MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH:

ORANG YANG MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, seseorang perlu:- melaksanakan ibadat fardhu, dan banyakkan ibadat sunat Amalan-amalan ini akan menyebabkan seseorang itu dikasihi Allah Dikasihi beerti diredhai dan dirahmati

CIRI-CIRI ORANG SOLEH:

CIRI-CIRI ORANG SOLEH Berilmu Beramal Berakhlak

AMALAN SUNAT YANG BOLEH MENDEKATKAN DIRI SESEORANG KEPADA ALLAH:

AMALAN SUNAT YANG BOLEH MENDEKATKAN DIRI SESEORANG KEPADA ALLAH Solat sunat, spt: Solat Dhuha, Solat Tahajjud, dll Puasa sunat, spt: Puasa Isnin Khamis, Puasa Selang sehari, dll Baca al-Quran Zikir Doa Dll

KELEBIHAN ORANG YANG MELAKUKAN IBADAT-IBADAT NAWAFIL:

KELEBIHAN ORANG YANG MELAKUKAN IBADAT-IBADAT NAWAFIL Allah dan Rasul menyayanginya Allah memberkatinya, memeliharanya, mengabulkan doanya, melindunginya, memberinya ganjaran pahala dan syurga Mengecapi kenikmatan ibadat

PENGAJARAN HADIS:

PENGAJARAN HADIS Orang mukmim wajib melaksanakan segala perintah yang difardhukan dengan penuh ketaatan Kekasih Allah ialah orang mukmim yang banyak melakukan banyak ibadat nawafil Orang yang hampir kepada Allah ialah orang yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia Allah mempertahankan doa orang yang hampir kepada-Nya