Tafsiran Penyata Pendapatan

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

By: Cikgu Mohammad b Said SMK Taman Indah

Comments

Presentation Transcript

:

TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN

Analisis Nisbah:

Analisis Nisbah Nisbah Keuntungan Nisbah Kecekapan Nisbah Kecairan

Nisbah Keuntungan:

Nisbah Keuntungan Peratus Untung Kasar Atas Kos Jualan = Untung Kasar X 100 (tokokan) Kos Jualan Tokokan ialah peratus penambahan pada kos barang untuk mendapatkan harga jualan. Nisbah ini disebut dalam bentuk peratus atau pecahan. Peratus Untung Kasar Atas Jualan = Untung Kasar X 100 (margin untung kasar) Jualan Bersih* * Jualan bersih = Jumlah Jualan – Pulangan Jualan Margin untung kasar mengukur untung kasar bagi setiap ringgit jualan bersih.

Slide 4:

Peratus Untung Bersih Atas Jualan = Untung Bersih X 100 (margin untung bersih) Jualan Bersih Margin untung bersih mengukur untung bersih bagi setiap ringgit jualan bersih. Pulangan Atas Modal = Untung Bersih X 100 Modal Awal Pulangan atas modal mengukur untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan.

Nisbah Kecairan:

Nisbah Kecairan Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa Nisbah semasa mengukur keupayaan firma dalam menjelaskan semua liabiliti semasa mengikut masa yang ditetapkan. Jika aset semasa melebihi liabiliti semasa bermakna firma mampu bayar liabiliti. Jika aset semasa kurang daripada liabiliti semasa bermakna firma mengalami masalah kecairan.

Nisbah Kecekapan:

Nisbah Kecekapan Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan ( bilangan kali setahun ) Stok Purata Pada Harga Kos Kadar Pusing Ganti Stok = Stok Purata X 365 hari ( bilangan hari ) Kos Jualan Stok purata = Stok Awal + Stok Akhir 2 Kadar pusing ganti stok yang tinggi bermakna semakin laris barang dijual untuk mendapatkan keuntungan.

Contoh:

Contoh Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Fit n Slim yang menjual alatan sukan pada 31Disember 20X6. Modal RM35 000 Kenderaan 20 000 Lengkapan 4 630 Alatan pejabat 12 000 Stok awal 2 800 Sewa terakru 600 Penghutang 5 650 Pemiutang 3 500 Bank 4 000 Tunai 1 120 Gaji terdahulu 200 Untung kasar 12 000 Jumlah perbelanjaan 1 680 Jumlah hasil lain 820 Maklumat tambahan : Stok pada 31 Disember 20X6 bernilai RM3 600. Kos barang untuk dijual bernilai RM26 000. Anda dikehendaki mengira : Tokokan Margin Untung Kasar Peratus Untung Bersih Atas Jualan Kadar Pusingganti Stok Nisbah Semasa Pulangan Atas Modal

Pengiraan :

Pengiraan Tokokan = Untung Kasar X 100 Kos Jualan * = RM12 000 X 100 RM22 400 = 53.6 % * Kos Jualan = Kos Barang Untuk Dijual – Stok Akhir = RM26 000 – RM3 600 = RM22 400

Slide 9:

Margin Untung Kasar = Untung Kasar X 100 Jualan Bersih * = RM12 000 X 100 RM34 400 = 34.9 % * Jualan bersih = Kos Jualan + Untung Kasar = RM22 400 + RM12 000 = RM34 400

Slide 10:

Margin = Untung Bersih * X 100 Untung Bersih Jualan Bersih = RM11 140 X 100 RM34 400 = 32.4 % * Untung Bersih = (Untung kasar + Jumlah Hasil Lain) – Jumlah Belanja = (RM12 000 + RM820) – RM1 680 = RM11 140

Slide 11:

Kadar Pusing = Kos Jualan Ganti Stok Stok Purata * = RM22 400 RM 3 200 = 7 kali * Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir 2 = RM2 800 + RM3 600 2 = RM3 200

Slide 12:

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = RM14 570 RM4 100 = 3.55 : 1 Aset Semasa = Penghutang + Bank + Tunai + Stok Akhir + Gaji Terdahulu Liabiliti Semasa = Pemiutang + Sewa Terakru

Slide 13:

Pulangan Atas Modal = Untung Bersih X 100 Modal Awal = RM11 140 X 100 RM35 000 = 31.8 %

Slide 14:

Sekian.

authorStream Live Help