Sejarah Perakaunan

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

By: Cikgu Mohammad b Said SMK Taman Indah

Comments

Presentation Transcript

Slide 1:

SMK DUHA SELAMAT BERLAJAR PRINSIP PERAKAUNAN!!!!!

PRINSIP PERAKAUNAN:

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN EMPAT

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN::

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN : SEJARAH PERAKAUNAN SECARA RINGKAS

SEJARAH PERAKAUNAN:

SEJARAH PERAKAUNAN Tahun 3500 S.M.: * Rekod terawal di Babylon * Kepingan tanah liat digunakan untuk menyimpan rekod Tahun 400 S.M. * Penemuan papyrus( kertas ) dan acalamus (pen) di Mesir Abad ke – 5 dan ke - 6 S.M.: *Wang digunakan sebagai perantaraan pertukaran Tahun 850 M : * Sistem angka Hindu-Arab diperkenalkan oleh saudagar Arab yang belayar ke India

Slide 5:

Abad ke 14 : *Sistem catatan bergu bermula di Venice,Itali *Tahun 1495- Luca Pacioli menerbitkan buku De S umma yang ada satu bahagian yang berkaitan dengan catatan bergu *Beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan pada masa kini. *Beliau dikenali sebagai Bapa Perakaunan *Simpan kira yang berdasarkan catatan bergu juga dikenal sebagai Kaedah Venice Abad ke – 18 dan ke-19 : *Revolusi perindustrian di England *Pengeluaran secara besar-besaran- Perakaunan Kos diwujudkan *Pembentukan syarikat-perlu membentangkan laporan kewangan- Perakaunan Kewangan diwujudkan. *Maklumat perakaunan digunakan oleh pihak pengurusan untuk merancang dan mengurus perniagaan dengan lebih cekap- Perakaunan Pengurusan diwujudkan

Slide 6:

Abad ke – 20 : * Bidang perakaunan mencapai taraf profesional . * Badan-badan perakaunan ditubuhkan . * Akauntan adalah tertakluk kepada peraturan pemberian lesen , peraturan kod etika profesion perakaunan , dan keperluan tingkat kelayakan akademik yang tinggi . *1969-Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan ditubuhkan di England dan Wales- keluarkan Penyata Amalan Perakaunan Piawaian ( Statement of Standard Accounting Practice atau SSAP ) untuk menyeragamkan amalan perakaunan . *1973-Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa ( International Accounting Standard Committee atau IASC ) ditubuhkan di Sydney untuk mengubal Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standard atau IAS ) supaya amalan perakaunan dipersamakan di seluruh dunia . *Di Malaysia- Institute Akauntan Malaysia ( Malaysian Institute of Accountants atau MIA ) bertanggungjawab mengawal profesion perakaunan-ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967 ( Accountants Act 1967 ).

PENGENALAN KEPADA LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA ( MALAYSIA ACCOUNTING BOARD ATAU MASB )::

PENGENALAN KEPADA LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA ( MALAYSIA ACCOUNTING BOARD ATAU MASB ): * Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1967 ( Financial Accounting Act 1967 ). * Merupakan badan bebas yang bertanggungjawab menyediakan dan menerbitkan piawaian laporan perakaunan dan kewangan di Malaysia. Antara fungsi dan kuasa MASB ialah : - menerbitkan piawai perakaunan yang diiktiraf , meneliti , mengkaji , atau menggunakan piawai perakaunan yang sedia ada sebagai piawai yang diiktiraf . - mengeluarkan pernyataan prinsip bagi laporan kewangan - menaja atau melaksanakan penggubalan piawai perakaunan . - menggubal rangka kerja konsep untuk tujuan penilaian terhadap terhadap piawaian perakaunan yang dicadangkan . - meneliti skop dan penggunaan piawai perakaunan .

SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN:

SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN SIMPAN KIRA – satu proses merekod urus niaga perniagaan yang mempunyai nilai wang yang tepat dan bersistem dalam buku-buku akaun perniagaan berasaskan sistem catatan bergu. PERAKAUNAN – membabitkan proses penyediaan maklumat kewangan mengenai perniagaan. Ini membantu peniaga membuat perbandingan pelaksanaan aktiviti perniagaan serta membuat keputusan, perancangan dan pengawalan.

SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN:

SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Maklumat urusniaga SIMPAN KIRA PERAKAUNAN Merekod (Buku Catatan Pertama) Mengepos ke Lejar Menyediakan Imbangan Duga Menyediakan Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira Mentafsir,mengklasifikasi,menganalisis,melapor penyata kewangan, merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN::

BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN: 3 KATEGORI: MILIKAN TUNGGAL PERKONGSIAN SYARIKAT BERHAD

PERBEZAAN ORGANISASI PERNIAGAAN::

PERBEZAAN ORGANISASI PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL PERKONGSIAN SYARIKAT BERHAD 1. Penubuhannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan . 1. Penubuhannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 1. Penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965. 2. Dimiliki oleh seorang peniaga sahaja 2. Dimiliki oleh dua hingga dua puluh orang pekongsi. 2. Bilangan minimum pemegang saham dua orang. 3. Modal disumbangkan oleh pemilik 3. Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi. 3. Modal disumbangkan oleh pemegang saham. 4. Diuruskan oleh pemilik secara brsendirian . 4. Diuruskan oleh pekongsi 4. Diuruskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang dilantik. 5. Liabiliti tidak terhad 5. Liabiliti tidak terhad. 5. Liabiliti pemegang saham terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan. 6. Jangka hayat perniagaan tamat apabila pemilik meninggal dunia . 6. Jangka hayat tamat apabila seorang pekongsi meninggal dunia, muflis, atau diperintah 6. Jangka hayat syarikat berhad kekal walaupun pengarah atau pemegang saham berubah. 7. Kadar cukai mengikut kadar cukai pendapatan perseorangan 7. Kadar cukai mengikut kadar cukai pendapatan perseorangan . 7. Kadar cukai lebih tinggi berbanding kadar cukai milikan tunggal dan perkongsian .

Slide 12:

Konsep dan Prinsip asas Perakaunan

Konsep Wang sebagai Ukuran::

Konsep Wang sebagai Ukuran : Penggunaan wang sebagai ukuran bagi merekod urus niaga . Menyeragamkan ukuran unit bagi memudahkan kerja merekod urusniaga serta membuat laporan dan perbandingan . Contoh : Perniagaan Air Molek membeli tiga unit komputer peribadi yang bernilai RM6 000. Perniagaan tersebut juga membeli sebidang tanah bernilai RM20 000. Urus niaga pembelian aset bukan semasa berjumlah RM26 000 akan direkodkan dalam rekod perakaunan perniagaan kerana jumlah tersebut mudah dinyatakan dalam bentuk wang ringgit. Jika nilai wang tidak digunakan , jumlah aset bukan semasa tidak dapat ditentukan .

Prinsip Catatan Bergu::

Prinsip Catatan Bergu : Mencatat urus niaga yang sama jumlahnya dalam dua akaun yang berlainan . Membolehkan kita menyemak ketepatan proses merekod urus niaga pada akhir sesuatu tempoh perakaunan . Jumlah bahagian debit adalah sama dengan jumlah bahagian kredit dalam semua akaun . Imbangan antara kedua-dua akaun ini dikenali sebagai persamaan perakaunan . Contoh : Jika seseorang peniaga membawa masuk wang sebanyak RM50 000 sebagai modal, Akaun Tunai didebitkan , dan Akaun Modal dikreditkan . Oleh itu ekuiti pemilik akan bertambah sebanyak RM50 000 dan aset tunai meningkat sebanyak RM50 000 juga .

Konsep Entiti Berasingan::

Konsep Entiti Berasingan : Urus niaga entiti perniagaan terasing daripada urus niaga peribadi pemilik dan entiti perniagaan lain. Contoh: Encik Roslan menjalankan perkhidmatan membaiki komputer. Dia membeli pakaian anak-anaknya dengan menggunakan wang sendiri bernilai RM50. Urusniaga ini tidak perlu direkodkan dalam buku perniagaan kerana En. Roslan tidak menggunakan wang perniagaan. Bagaimanapun, jika ia menggunakan wang perniagaan, urusniaga tersebut perlu direkodkan dalam perniagaan sebagai ambilan

Konsep Tempoh Perakaunan::

Konsep Tempoh Perakaunan : Pembahagian jangka hayat organisasi perniagaan kepada tempoh perakaunan tertentu. Contoh: Tahun kewangan Perniagaan Abdul Razak bermula pada 1 Julai 20X4. Oleh itu, tahun kewangan perniagaan tersebut berakhir pada 30 Jun 20X5, iaitu dua belas bulan selepad 1 Julai 20X4 . Begitu juga untuk tahun-tahun berikutnya, penyata kewangan tahun perniagaan dibentangkan pada setiap 30 Jun.

Konsep Kos Sejarah::

Konsep Kos Sejarah : Semua urus niaga direkod mengikut harga yang sebenar. Contoh: Sebuah kenderaan dibeli dalam tahun 20X3 dengan harga RN50 000.Pada tahun 20X4 nilai pasaran kenderaan meningkat kepada RM55 000. Penyata kewangan tahun 20X4 perlu menyatakan nilai aset kenderaan, iaitu Rm50 000 walaupun berlaku harga kenaikan.

Konsep Berterusan ::

Konsep Berterusan : Organisasi perniagaan diandaikan terus menjalankan aktiviti perniagaan untuk seberapa lama yang boleh. Contoh: Perniagaan Gurmit Singh membeli sebidang tanah RM 80 000 pada tahun 20X3. Pada tahun 20X7, nilai pasaran tanah meningkat kepada RM200 000. Berasaskan konsep berterusan, peniagaan tidak perlu melaporkan tanah pada nilai pasaran kerana perniagaan dijangka tidak dibubarkan dalam jangkapendek.

Konsep Pemadanan ::

Konsep Pemadanan : Belanja yang terlibat untuk mendapatkan hasil ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh perakaunan . Contoh : Encik Hadi mengendalikan perusahaan perabot . Pada bulan Mei,beliau membeli paku untuk membuat perabot . Encik Hadi hanya akan membayar pembelian paku tersebut pada bulan Jun. Mengikut konsep pemadanan , Encik Hadi perlu mengiktiraf paku sebagai belanja perniagaan pada bulan Mei kerana paku tersebut digunakan pada bulan itu untuk memperolehi hasil , walaupun bayaran dibuat pada bulan Jun.

Konsep Ketekalan ::

Konsep Ketekalan : Pengunaan prinsip perakaunan tidak berubah dari satu tempoh ke satu tempoh perakaunan yang lain. Contoh: Perniagaan Tan membeli kenderaan pada 20X3 dan menetapkan kadarsusut nilai ke atas kenderaan sebanyak 20% setahun daripada kos aset tersebut. Berasaskan konsep ketekalan, Perniagaan Tan tidak harus mengubah kadar dan kaedah pengiraan susut nilai kenderaan pada tahun berikutnya. Ini membolehkan penyata Kewangan Perniagaan Tan dibandingkan antara satu tempoh peeakaunan dengan tempoh perakaunan yang lain.

Konsep Materialiti::

Konsep Materialiti: Sesuatu item atau peristiwa dianggap material jika pengetahuan mengenainya dapat mempengaruhi pengguna penyata kewangan. Contoh: Bagi perniagaan besar, pembelian mesin kira bernilai RM400 mungkin tidak material. Oleh itu, jumlah tersebut boleh direkodkan sebagai belanja perniagaan dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun, jumlah tersebut mungkin dianggap material kepada perniagaan kecil, maka perlu direkod sebagai aset bukan semasa dan dikira susutnilai tahunan bagi mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum.

Slide 22:

Buku catatan pertama Mengelas Urusniaga melalui Dokumen sumber Pengeposan ke Lejar Penyediaan Imbangan Duga Pelarasan Penyediaan Imbangan Duga Terselaras Penyediaan Penyata Kewangan Catatan Penutup KITARAN PERAKAUNAN -Urusniaga dicatatkan terlebih dahulu ke dalam dokumen sumber dan dikelaskan - Maklumat daripada dokumen sumber dipindahkan ke Buku Catatan Pertama iaitu Jurnal dan Buku Tunai - Maklumat dalam Buku Catatan Pertama akan dipindahkan ke dalam lejar. - Selepas akaun-akaun lejar diimbangkan, senarai baki-baki akaun akan dipindahkanke Imbangan Duga - Sebelum penyata kewangan disediakan , pelarasan perlu dilakukan pada tarikh imbangan terhadap baki akaun dalam Imbangan Duga. Pelarasan ini perlu dilakukan terhadap hasil dan belanja - Selepas pelarasan Imbangan Duga dikemaskinikan supaya terselaras - Penyata Kewangan terdiri daripada Akaun Perdagangan, Ak. Untung Rugi dan Kunci Kira-kira. - Catatan Penutup dibuat dalam jurnal dan diposkan ke akaun lejar untuk tempoh perakaunan yang berikutnya.

authorStream Live Help