Buku Tunai Runcit

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

By: Cikgu Mohammad b Said SMK Taman Indah

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

BUKU TUNAI RUNCIT Oleh: Mohammad b Said SMK Dato’ Undang Haji Adnan (http://cikgumohammadsaid.blogspot.com)

Slide 2: 

Bayaran perniagaan melalui cek merupakan satu amalan perniagaan yang digalakkan . Walau bagaimanapun , setiap peniaga harus menyimpan sedikit tunai di tangan untuk bayaran kecil-kecilan atau yang diperlukan serta – merta . Contohnya tambang , setem , alat tulis dan belanja lain yang kecil . Pembayaran belanja yang dinyatakan di atas tidak praktikal jika digunakan cek kerana jumlahnya kecil dan proses pengeluaran cek lebih rumit serta memakan masa . Oleh itu , tunai runcit perlu disediakan . Semua urus niaga yang berkenaan dengan tunai runcit di catat dalam Buku Tunai Runcit . BUKU TUNAI RUNCIT

Slide 3: 

KEGUNAAN BUKU TUNAI RUNCIT

Slide 4: 

CARA MEREKOD BUKU TUNAI RUNCIT Untuk memulakan dana tunai runcit , juruwang runcit yang diberi tugas ini hendaklah membuat satu anggaran jumlah wang yang diperlukan untuk membiayai semua belanja kecil dalam tempoh seminggu atau suatu tempoh yang ditetapkan . Kemudian , satu cek dengan anggaran nilai itu dikeluarkan . Cek tersebut ditunaikan dan disimpan di dalam peti tunai runcit . Wang yang diterima sebagai tunai runcit akan didebitkan dalam Buku Tunai Runcit . Daripada jumlah yang diperuntukkan itu , juruwang runcit akan membuat bayaran.Belanja-belanja dikelaskan mengikut jenis dan dicatat ke lajur-lajur yang berkenaan.Lajur khas disediakan untuk bayaran yang kerap berlaku . Bayaran lain yang tidak biasa dlakukan dicatat dalam lajur pelbagai . Pada akhir tempoh yang ditetapkan , setiap lajur dijumlahkan untuk dipindah ke akaun-akaun yang tertentu mengikut tarikh . Analisis bayaran mengikut jenis ini dapat menjimatkan banyak catatan untuk amaun yang kecil .

Slide 5: 

SAMBUNGAN : CARA MEREKOD BUKU TUNAI RUNCIT Pada akhir tempoh yang tertentu , Ketua Juruwang akan memeriksa kesemua baucar beserta dokumen bayaran lain dan membandingkannya dengan rekod Buku Tunai Runcit serta baki tunai runcit dalam peti tunai runcit . Jika semuanya sempurna , satu cek akan dikeluarkan untuk membayar balik wang yang telah digunakan untuk perbelanjaan . Sistem pengendalian tunai runcit ini dikenali sebagai sistem panjar . Menurut sistem panjar , dana tunai runcit sentiasa bermula dengan jumlah yang sama pada permulaan setiap tempoh .

Slide 6: 

CONTOH:

Slide 7: 

Perniagaan Daya menyimpan Buku Tunai Runcit mengikut sistem panjar bermula 1 Mei 2000. Wang permulaan sebanyak RM250 diperuntukan sebagai dana tunai runcit. Penerimaan wang daripada ketua juruwang hanya akan dilakukan pada awal bulan berikutnya. Penggunaan wang dalam bulan Mei 2000 adalah seperti berikut: Mei RM 3 Pewangi 15 5 Kertas dan dakwat 14 15 Gaji kerani 340 16 Minuman pelanggan 23 20 Bunga meja pejabat 25 22 Kertas karbon 18 24 Sampul surat 5 26 Perabot baru pejabat 900 27 Gula dan kopi pejabat 17 29 Alas meja 12 30 Pembaikan mesin taip 35 Anda dikehendaki menyediakan Buku Tunai Runcit sehingga 1 Jun 2000 dengan menunjukkan lajur analisis Alat tulis,Belanja Pejabat dan Minuman. (12 markah)