9- Bimbingan Al-Quran dan Hadith

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

9- BIMBINGAN AL-QURAN DAN HADITH: 

9- BIMBINGAN AL-QURAN DAN HADITH DISAMPAIKAN OLEH: HJ SAIFUL NIZAM HJ MOHAMED RADZI GC PENDIDIKAN ISLAM

Slide 2: 

Al-Quran ialah kalam Allah yang mukjiz, lafaznya dalam Bahasa Arab dan maknanya daripada Allah yang termaktub dalam mushaf, membacanya menjadi ibadat.

Slide 3: 

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN kandungan Al-Quran merangkumi pelbagai peraturan hidup spt politik, ilmu pengetahuan, ekonomi, akhlak, pentadbiran, perundangan Al-Quran benar-benar datang daripada Allah Kitab yang menjadi panduan lengkap SEJARAH Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun secara beransur-ansur iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah

Faktor-faktor Al-Quran diturunkan: 

Faktor-faktor Al-Quran diturunkan membimbing akal manusia supaya berfikir dengan baik berlandaskan wahyu mengajar manusia sistem hubungan dengan manusia membimbing manusia ke jalan yang benar memerintahkan semua manusia supaya menyembah Allah memerintahkan manusia melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya memerintahkan agar mencontohi akhlak manusia

Slide 5: 

Hadith ialah sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW samada berbentuk percakapan, perbuatan atau pengakuan

Fungsi dan Kepentingan Hadis: 

Fungsi dan Kepentingan Hadis menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam Al-Quran menghuraikan nas-nas Al-Quran yang ringkas. membimbing akal manusia supaya dapat beribadat dengan sempurna menjelaskan perkara ghaib

Slide 7: 

Hadis Sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan mempunyai ingatan yang kuat serta bersambung sanad antara satu sama lain dan tidak mempunyai kecacatan dan kejanggalan.

Slide 8: 

CIRI-CIRI HADIS SOHEH perawi yang adil spt Islam, berakal, tidak fasik, baligh dhabit iaitu tiada perubahan pada lisan atau penulisan bersambung sanad dengan gurunya tiada percanggahan dari perawi ke perawi lain yang lebih thiqah tiada kecacatan atau ilat pada sanad dan matan

Slide 9: 

Hadis Hassan Hadis hasan ialah hadis yang memenuhi syarat-syarat Sahih tetapi kurang sempurna dari dhabitnya sahaja. Hadis Dhaif . Hadis dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis hasan

Ciri-ciri Hadis Dhaif: 

Ciri-ciri Hadis Dhaif gugur seorang perawi daripada sanadnya nama perawi tidak disebut dengan jelas hadis terdedah kepada kecacatan (ilat) hadis bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta atau fasik

Fahaman anti hadis ialah fahaman yang menolak Hadis sebagai sumber hukum Islam atau asas ajaran Islam: 

Fahaman anti hadis ialah fahaman yang menolak Hadis sebagai sumber hukum Islam atau asas ajaran Islam Ciri-ciri fahaman antihadis :- tidak ada hadis dalam Islam menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas Al-Quran sumber perundangan Islam hanyalah Al-Quran sahaja